![]() |
| Hardik Pandya announces Natasa pregnancy |
Rumah tangga terdiri dari satu atau lebih orang yang tinggal bersama-sama di sebuah tempat tinggal dan juga berbagi makanan atau akomodasi hidup, dan bisa terdiri dari satu keluarga atau sekelompok orang.
Diantara Jenis-jenis ujian dalam rumahtangga yaitu:
1. Ujian Mertua
Tak semua orang memiliki mertua yg baik, ada yg terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya.
hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya, utk ujian ini, hanya ada 2 keadaan ialah:
Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kpd suami, suami juga nampak dan faham dgn situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya utk tidak berbuat sedemikian pd isterinya. jika org tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dgn mertua untuk sementara waktu.
Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan org tuanya, suami nampak dengar dan minta isteri jgn buat mcm tu sedangkan apa yg dinyatakan isteri itu adalah perkara benar. isteri dipersalahkan suami, suami tidak faham dan memilih utk menyebelahi org tuanya 100%. untuk keadaan ini, hanya kesabaran si isteri yg menentukan brapa lama hubungan itu akan bertahan.
2. Ujian Ipar
Tak semua org juga memiliki ipar yang baik. ada pasangan, yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka, apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yg mereka beli, semuanya ipar cari tahu dgn tujuan utk menyampaikan perkara itu kpd seseorang. ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kpdnya. ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yg dipanggil dengki.
3. Ujian Kewangan
Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga. dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya utk perbelanjaan seorang, tapi kini berdua, apa yang suami makan, isteri mkn, apa yg suami pakai, isteri pakai, segala-galanya kena berkongsi waktu ini, ada pasangan yg akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua-duanya ada pendapatan, maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga segitu penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus.
4. Ujian Anak
Expectation yang ada dalam setiap pasangan yaitu bila berkahwin, kita akan dpt zuriat. anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yg kita impikan itu dgn segera. Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar. Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia utk menerima kehadiran anak itu disisi mereka. ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yg tiada hentinya daripada mereka yg berada di sekeliling pasangan tersebut. pertanyaan ini yg akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban.
5. Ujian Kecurangan
Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dgnnya? Adakah kita benar-benar tahu luar dlm pasangan masa kita berkawan degannya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dgnnya...dia mgkin ada mengenali org lain sebelum berkahwin dgn kita, dia mgkin rapat dgn rakan sepejabatnya atau dia mgkin ada bekas kekasih...dan kemungkinan dia masih berhubung dgn org2 ini sgtlah tinggi...gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan.

0 Comments